An error has occured; the feed
is probably down.

Sudah agak lama masalah ini berlaku di blog saya. Selalunya makluman ini akan muncul sekiranya saya meletakkan rss feed bagi blog yang menggunakan wordpress.com sebagai platform.

Pernah juga rss feed bagi blogspot juga tergendala tapi ia tidak ketara.

Perlukah RSS FEED ini digunakan?

Selalunya pautan kepada blog/website akan diletakkan bagi menghubungkan dengan blog/website lain. RSS Feed juga mampu berbuat demikian dengan lebih berkesan apabila turut mempunyai fungsi memaparkan senarai post terkini bagi blog/website yang dilanggan menggunakan RSS Feed.

Ini memudahkan kita untuk mengetahui samada pemilik blog/website sudah mengemaskini blognya ataupun tidak.

Alhamdulillah, masalah yang selalu muncul pada widget  RSS Feed yang saya gunakan telah selesai. Pelbagai cara telah saya lakukan sebelum ini termasuk menghubungi webserver saya namun masalah tidak dapat dirungkaikan.

Terima kasih kepada Magpierss-0.72 yang menjadi penyelamat masalah saya ini. Dan mungkin bagi pengguna-pengguna yang lain.

RSS Feed yang terpapar di sebelah kanan blog ini menggunakan plugin KB Advanced RSS widget.

Masalah yang dihadapi oleh saya berjaya diatasi dengan cara :

  1. Muat turun MagpieRSS yang terkini. Bagi blog ini saya menggunakan MagpieRSS-0.72.
    Pakej ini boleh dimuat turun di http://magpierss.sourceforge.net .
    Di dalam pakej yang dimuat turun itu, hanya 4 fail inc sahaja yang perlu kita gunakan. Abaikan fail-fail yang lain.
  2. Upload rss_utils.inc , rss_parse.inc, rss_cache.inc dan rss_fetch.inc ke direktori wp-includes anda.
  3. Pada fail rss_fetch.inc, cari Snoopy.class.inc dan gantikan dengan
    require_once( MAGPIE_DIR . 'class-snoopy.php');
  4. Tukarkan nama fail rss_fetch.inc kepada rss.php.
    Ini bermakna fail rss.php yang tersedia di dalam wp-includes akan diganti dengan fail yang baru ini.
  5. Selesai. Cuba lihat hasilnya.

P/S : Jika didapati amaran ‘ an error has occured; the feed is probably down. Try again’ muncul di bahagian rss feed yang saya langgan, sila klik pada butang refresh.

Sekian, terima kasih.

Hisham Ahmad

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon