alkulliyyah

Lama juga tidak menulis. Masalah pada broadband saya yang melebihi bandwidth menyebabkan proses untuk publish di dalam blog tergendala.

Terkini

Nantikan kemunculan novel Satu Bulan Tiga Bintang karya Ummu Hani. Saya pun tertunggu-tunggu jalan cerita tersebut. Apa yang pasti nama saya dan isteri turut terselit di dalam novel tersebut. Betul ke Ummu???

Saya ternanti-nanti. Khabarnya Pesta Buku nanti akan mula dijual. Hmm.. saya masih tercari-cari tarikh yang sesuai untuk ke Pesta Buku tahun ini. Jangan lupa, 17 April – 26 April 2009 di PWTC!

Tag Peti Sejuk

Saja hendak mengisi kekosongan blog.

1. Ambil Gambar Peti Sejuk

peti-sejuk

2. Ceritakan apa yang ada..

fridge magnet

  • Yang ada gambar singa tu, bertulis Mt Kilimanjaro. Dapat daripada Bro Radzi yang dibeli semasa dia ada kerja di Rwanda. Ada 2 sebenarnya. Lagi satu kepala Zebra tapi magnet dah tercabut. Sekarang Bro Radzi dah berhijrah ke Bahrain. Kerja di sana.
  • Fridge magnet berbentuk peta tu, saya beli di Langkawi. Peta itu pun adalah peta Langkawi.
  • Perasan tak yang berbentuk orang tu? Orang Bidayuh di Sarawak. Isteri saya belikan masa pergi ke Sarawak, ada program.
  • Kemudian yang warna biru tu bertulis Sydney. Abang saya bagi. Dia beli masa pergi Australia bulan lepas.
  • Warna kuning dan putih tu bertulis Brunei Darussalam. Hadiah dari Hairin dan Nizam.
  • Ada strawberi tu pula saya beli masa bercuti beramai-ramai ke Cameron Highland tahun lepas.
  • Bentuk selipar tu beli di Langkawi. Waktu beli yang peta tu juga.
  • Berbentuk petak tu pula bertulis Kuantan. Saya beli di Teluk Cempedak. Masa tu ura-ura saya nak dihantar ke Cameron. Sebab tu saya beli fridge magnet Kuantan. Tanda kenang-kenangan. Err… tapi sampai sekarang saya masih di Kuantan.
  • Oh ya.. ada kalendar juga. Opss.. baru perasan tu tahun 2008. Kena tukar nampaknya nanti.
  • Yang terakhir Fridge Magnet Mr Mama. Untuk catat apa-apa di situ.

3. Jenama?
Jenama Toshiba, model Hybrid Plasma.

4. Tag orang lain.
Terbuka kepada orang ramai…

Sekian.

Hisham Ahmad
12.49 am
Kuantan

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon