Denda RM25? Kenapa?
Kecoh di Blog, FB, twitter, sembang-sembang dan seumpamanya tentang 3 orang penari tiang didenda RM25 setiap seorang.
Pelbagai komen dan kata-kata kesat dikeluarkan hingga melarat kepada perkara-perkara lain.
Mahkamah dipersalahkan. Mahkamah dihentam. Majistret yang mengendalikan kes tersebut juga dikutuk hebat. Tanpa tapisan juga, majistret tersebut dikatakan suka kepada perbuatan tersebut. Lalu dibandingkanlah hukuman tersebut dengan hukuman-hukuman yang lain.
Allahu Rabbi. Bagaimana cara kita berfikir sebenarnya? Bukankah lebih baik kita diam daripada berterusan menghentam tanpa kita tahu perkara sebenarnya. Lalu kita usahakan agar kita tahu.
Jangan cepat melatah, jangan cepat membuat kesimpulan.
Nasihat saya, tanyakan dulu KENAPA.
Kenapa denda RM25?
Kenapa Majistret tersebut menjatuhkan hukuman RM25? Kenapa tidak RM2500?
Rentetan daripada itu anda perlu bertanya lagi. KENAPA dan KENAPA. Insya Allah anda akan temui jawapannya.
Anda akan dapat tahu apakah kesalahan yang dihadapkan itu. Apakah Akta yang digunakan. Apakah hukuman MAKSIMA yang dibenarkan berdasarkan Akta tersebut.
Anda tanyakan lagi. Mengapa sedemikian Akta tersebut? Siapa yang meluluskannya? Siapa yang menggubalnya?
Saya yakin dan percaya anda tidak akan menyalahkan Majistret dan Mahkamah tersebut.
————–
Sebenarnya banyak yang boleh saya huraikan tetapi saya tinggalkan untuk anda mencari jawapannya sendiri.
Saya akui kita semua tidak setuju dengan hukuman tersebut. Tetapi kita perlu bijak dalam mencari apakah punca yang menyebabkan hukuman tersebut terpaksa dijatuhkan sedemikian rupa.
Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.

Facebook
Twitter
GooglePlus
Siti Khairiah
30 March, 2012 at 11:42 am (420 days ago)salam 1 malaysia.. kt sini sy nk beri pandangan skit bkenaan keputusan mahkamah tsbt dengan isu rm25 ni.. majoriti rakyat malaysia menghentam mahkamah bdasarkan hukuman tsbt dgn rata2 dr mereka mengutuk majistret tsbt kerana mjatuhkn hukuman yang tidak setimpal. utk pengetahuan semua, majistret tsbt merupakan shbt karib sy kerana kami btugas di mahkamah yg sama