Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Bento 18 Januari 2012

Balik kampung baru ni jumpa bekas yang tidak digunakan. Saya bawa pulang ke Damansara Kuantan dan hari ini saya gunakan untuk bento kali ini. Warnanya merah jambu kerana ia  sebenarnya milik adik perempuan saya. :p

Ada 3 tingkat.

Tingkat paling atas, 3 peket biskut sayur untuk dimakan waktu 10.30 pagi dan 4.30 petang.

Nasi berserta salad dan tomato.

Lauk kali ini ialah ayam masak stim resipi campak-campak.

Gandingan ketiga-tiga bekas.

Hisham Ahmad
Kuantan.

Bento 12 Januari 2012

Bento hari ini mudah dan ringkas.

Nasi putih, telur goreng, kepingan daging ayam, salad dan tomato. :)

Untuk lebih menampakkan suasana Jepun, bento dibalut dengan Furoshiki. Jenis balutan yang saya gunakan ialah ialah Otsukai Tsutsumi.

Digandingkan dengan bento ialah botol minuman. Setiap hari saya akan membawa 1 botol air putih yang berkapasiti 1600 ml.

Die or Green??? Mari bersama menjaga alam sekitar. Go Green!!

Kelihatan Hiroshi sedang cuba mengambil makanan tanpa kebenaran saya. Hahahaha.. Kantoi!

 

Hiroshi dalam kekecewaan.

 

Hisham Ahmad
Kuantan, Pahang.

SMS: Shortly Muhammad (s.a.w) Says (1)

SMS: Shortly Muhammad (s.a.w) Says (1)

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Waktu terdekat antara Tuhan dan hambaNya adalahdi pertengahan malam terakhir. Apabila kamu termasuk orang yang mampu berzikir kepada Allah pada ktika itu, maka lakukanlah.”

(Hadith riwayat At-Tirmizi, An-Nasa’i dan Hakim)

30 tahun!

30 tahun!

Usia memasuki 30 tahun. Saya merenung kembali perjalanan usia di setiap lima tahun juga perancangan andai sempat saat itu bertamu.

20 tahun – 25 tahun :      Tamat Ijazah dan bekerja. ( Selesai)

26 tahun – 30 tahun :      Berkahwin. (Selesai)

Bergelar ayah ( Sekarang sudah ada 2 orang anak)

Beli rumah ( Sudah beli dan lambat lagi habis bayar…. )

Berniaga. ( Pengedar buku dari Stormreaders, Menerima tempahan coklat dan kini meluaskan empayar kepada kek dan cupcakes)

31 tahun – 35 tahun :      Buka kedai.

??

36 tahun – 40 tahun :      ??

41 tahun – 45 tahun :      ??

Dalam tempoh masa yang bertanda ????  antara perancangannya ialah menunaikan haji bersama isteri dan mak. Selain itu ingin pergi ke Jepun.

Mungkinkah ada perancangan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master? Akan berhenti kerjakah? Akan berpindah ke luar negara? Menerbitkan buku? Buat filem? Bertukar menjadi petani moden? Jeng je jeng!!!!!

Hisham Ahmad
Kuantan

Bento 30 Nov 2011

Bento 30 Nov 2011

Seperti biasa, saya dan isteri akan membawa bento (bekal) ke tempat kerja. Mood tiba-tiba rajin untuk ambil gambar. Juga kerana semalam berjaya mendapatkan bento box baru menggantikan bento box warna hijau berpenutup polka dot yang ada di rumah jiran dan masih belum dipulangkan setelah sekian lama. (more…)