Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya, lain tempat lain caranya.
Mungkin di tempat lain namanya juga lain.
Di sini, kami memanggilnya baraan. Uniknya di sini ia dijalankan mengikut blok-blok tertentu. (more…)
Berlalu sudah Ramadhan. Kini kita berada di bulan Syawal. Namun bagi kiriman kali ini, saya akan meletakkan gambar-gambar sekitar suasana sebelum menyambut Syawal.
(more…)

24 Ramadhan. Janji tinggal janji. Janji untuk menulis di blog ini secara istiqomah di bulan Ramadhan ini nampaknya tidak kesampaian. Bermula ketika tahap kesihatan agak merudum, kemudian disusuli dengan kesibukan hal-hal lain menyebabkan saya hanya mampu memandang blog ini yang kosong.
Untuk itu, kali ini terimalah dari saya, catatan ringkas buat pembakar semangat kepada diri sendiri.
(more…)

Sudah melangkah ke 2 Ramadhan tetapi saya masih belum sempat menulis apa-apa yang berkaitan dengan Ramadhan di sini. Supaya tidak kelihatan agak terlewat mungkin, maka di sini saya copy and paste perutusan Ramadhan yang saya sediakan untuk ruangan KRISPA JKSP. Semoga selepas ini saya mampu menulis lagi di blog ini.
(more…)
22 Julai 2011, usia Nur Aqilah tiba pada angka 2 tahun. Apa rencananya? Tiada sambutan majlis hari lahir. Tiada makan-makan di restoran mewah. Bahkan tiada hadiah buat si kakak! Hari dilalui seperti biasa. Ya seperti biasa. Seperti hari-hari lain, doa sentiasa dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T agar anak-anak kami ini akan menjadi anak yang solehah. Diberi kefahaman agama dengan sebenarnya, dan sentiasa ditunjukkkan jalan yang benar. Selamanya. Doa yang juga dibaca setiapkali mengucup ubun-ubun mereka.
Sebelumnya, pernah juga isteri mencadangkan untuk menempah kek. Bukan untuk diadakan sambutan di rumah tetapi untuk di hantar ke Firdhaus 1 Stop Centre, untuk Aqilah berkongsi bersama kawan-kawannya di sana.
Atas beberapa sebab (termasuk kewangan), cadangannya saya tolak dengan jawapan berani mati.
(more…)