
MasyaAllah..
buat pengetahuan anta, ana dah lama tak buka webmail ni.. bila ana buka tengok.. banyak email dari anta..
Maaf ye.. ana lambat reply.. berdosa ana kalau terdetik kekecewaan di hati anta..
Secebis balasan emel yang baru saya terima. Memang kiriman emel yang saya hantar tidak berjawab untuk masa yang agak lama. Bahkan saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menerima balasan setelah sekian lama. Namun, balasan emel ini cukup menjadikan saya terpaku.
Mata terpaku pada baris ayat ‘berdosa ana kalau terdetik kekecewaan di hati anta..’
Read more »
13 Ramadhan. Hampir separuh Ramadhan dilalui. Barangkali elok kiranya kita ingat kembali pada kata-kata manis kita dahulu.
Tidak sabar bertemu Ramadhan.
Adakah sempat bertemu Ramadhan akan datang.
Akan cuba beribadah sebanyaknya.
Ingin merebut setiap ganjaran pahala yang berlipat ganda di bulan mulia.
Lagi, lagi dan lagi.
Lewat SMS menjelang Syawal, ada kata-kata betapa mengharapkan agar bertemu lagi Ramadhan seterusnya. Menangisi Ramadhan yang telah berlalu dengan hasil yang tidak sampai ke piawaian yang ditetapkan. Lantas, rasa rindu itu kita simpan agar masih ada lagi Ramadhan untuk kita.
Ya, kita kata kita rindu. Tetapi bilamana bertemu Ramadhan rasa rindu seakan terbang dibawa angin lalu. Hanyut dibawa arus waktu. Menjelang Syawwal, sekali lagi kita katakan rasa rindu untuk bertemu lagi.
Masih ada waktu untuk kita melepaskan rasa rindu. Baki belasan hari ini pergunakanlah sebaiknya.
Selamat memburu LAILATUL QADAR.
Hisham Ahmad
Kuantan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
1 Ramadhan tidak bermakna kita baru hendak mula berlari-lari anak. Semoga persiapan kita membentuk stamina yang kuat bagi menyambut ketibaan Ramadhan sebelum ini dapat kita gunakan bermula detik 1 Ramadhan.
Sebulan Ramadhan bukanlah tempoh yang lama. Mengapa tidak kita memecut sebermula dari 1 Ramadhan?
Moga natijah HAMBA BERTAQWA dapat kita gapai.
Selamat Menempuh Ramadhan Kareem.
Hisham Ahmad

Sukar dipercaya. Berita Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia seakan mimpi buat saya. Apatah lagi saya menerimanya di saat berita ini masih belum tersebar secara meluas di internet.
Di petang ini terdetik untuk saya menulis di blog ini. Ditemani suara dari IKIM.fm. Entah kali ke berapa DJ IKIM mengumumkan berita ini. Malah di ketika ini lagu Pergi Tak Kembali diputarkan.
Mendengar lagu ini, apatah lagi dialunkan insan yang baru sahaja dijemput pulang, menusuk ke tangkai hati.
Read more »