Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

15 Mei

Lama tidak mengisi sesuatu di blog ini. Selalunya alasan yang diberikan ialah tidak sempat. Entah di mana ‘tidak sempat’ itu pun tidak diketahui. Jika benar ingin menjadi ‘Productive Muslim’seharusnya ia bukan alasan tetapi berusaha mencari ruang dan kesempatan.

Dalam ruang masa ini saya masih berhutang satu entri berkaitan pemergian saya ke Pesta Buku Kuala Lumpur baru-baru ini. Ya, ia akan dilunaskan walau bukan malam ini tetapi janji saya sebolehnya dalam minggu ini juga.

Malam ini juga malam kedua dalam sela masa menyiapkan tempahan lolichoc sebanyak 300 batang, replika coklat Taj Mahal dan coklat berbentuk kotak untuk tempahan minggu hadapan. ( Perlu disiapkan sebelum ahri Isnin kerana saya akan berkursus di KL )

Berbalik kepada tajuk 15 Mei. Apa signifikannya? Keterbatasan saya dalam menyusun fakta dalam baris kata lantas menterjemah dalam kerangka yang mudah difahami, maka saya ambil daripada sumber yang boleh dipercayai tentang apa sebenarnya yang hendak saya ceritakan tentang 15 Mei ini. Cukup saya sebut dua perkataan. HARI NAKBAH.

SEMPENA MEMPERINGATI NAKBAH PALESTIN

 Selepas berlalunya 64 tahun Nakbah (malapetaka) yang menimpa Palestin dan pengusiran ke atas rakyat Palestin dari negara mereka sendiri, rakyat Palestin dan pelarian Palestin yang masih terdapat di seluruh pelosok dunia masih mengingati tragedi yang menimpa mereka serta kesengsaraan yang mereka alami sehingga ke hari ini. Harapan yang tidak pernah putus dan hilang dari ingatan mereka ialah untuk kembali ke rumah-rumah mereka di Palestin walaupun dengan kewujudan tentera penjajah Yahudi Israel.

Peristiwa Nakbah yang difahami oleh rakyat Palestin ialah tragedi pengusiran mereka oleh Yahudi Israel dari negara mereka Palestin dan pemusnahan secara besar-besaran ke atas rumah-rumah mereka, simbol-simbol negara Palestin, ekonomi dan tamadun Palestin pada tahun 1948, demi untuk mendirikan negara Haram Israel.

Pada peristiwa nakbah ini sebahagian besar Palestin dirampas oleh Zionis dan lebih 714,000 rakyat Palestin diusir dari rumah dan tanah mereka. Mereka menjadi pelarian di negara sendiri, atau pun terpaksa keluar ke Lubnan, Mesir, Syria dan Jordan. 500 buah perkampungan dimusnahkan, bandar-bandar utama Palestin ditukarkan menjadi Bandar Yahudi, identiti rakyat Palestin dihapuskan serta nama-nama geografi Palestin ditukarkan kepada nama-nama Hebrew.

Perancangan Yahudi melenyapkan Palestin dan rakyatnya tidak terhenti hanya pada tahun 1948, tetapi berterusan sehinggalah sekarang. Gerakan Zionis Antarabangsa telah mengatur perpindahan berjuta-juta Yahudi dari seluruh dunia ke Palestin. Tujuannya untuk memberikan tekanan ke atas kewujudan Palestin dan meningkatkan nisbah penduduk Yahudi di Palestin sehingga mereka mampu mendirikan sebuah negara dan melenyapkan negara Palestin serta mengusir rakyatnya ke luar. Tentangan dan bantahan yang dibuat oleh negara-negara Arab dan Islam serta negara-negara lain yang menyokong Negara Palestin umpama mencurah air ke daun keladi dek kerana sokongan dan dokongan dari negara-negara besar terutamanya dari Amerika Syarikat ke atas Israel. Setiap kali diadakan gencatan senjata, setiap kali itulah Israel mengambil peluang untuk terus mengukuhkan dan meluaskan kedudukannya di tanah Palestin.

Hak rakyat Palestin untuk kembali adalah hak mutlak mereka dari segi sejarah yang dibuktikan melalui kewujudan rakyat Palestin sejak azali dan keterikatan mereka dengan negara Palestin yang tertusuk kukuh di dalam dasar sejarah dan asal-usulnya. Hak untuk kembali ke Palestin ini adalah hak kepada setiap individu rakyat Palestin, tidak kira sama ada lelaki atau wanita serta seluruh keturunan mereka tidak kira berapa pun bilangannya, dimana pun mereka berada serta walau bagaimanapun keadaan politik dan sosial mereka.

Berikut merupakan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, yang dimeterai pada 10 Disember 1948 ditegakkan :-

[13 / 2] Setiap orang adalah berhak untuk meninggalkan mana-mana negara, termasuk negaranya sendiri dan kembali ke negara asalnya.

[17 / 2] Tidak seorang pun boleh sewenang-wenangnya dirampas hartanya.

Resolusi PBB 194 terhadap hak Palestin sebanyak 130 kali. Ini termasuk kenyataan: “… Pelarian yang ingin kembali ke rumah mereka dan hidup damai dengan jiran mereka harus diizinkan untuk melakukannya pada tarikh praktikal paling awal dan pampasan yang perlu dibayar untuk hotel dari mereka memilih untuk tidak kembali dan untuk kehilangan atau…”

Sikap tidak bermoral, melanggar undang-undang, diskrimanasi kaum, kekejaman dan sikap jahat yang dilakukan oleh Zionis Israel mencerminkan keadaan mereka yang sebenar. Sejarah menunjukkan bahawa Inggeris mempunyai hutang yang perlu dibayar, dan kita berhutang kepada rakyat Palestin untuk menyokong perjuangan mereka membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.

DISEDIAKAN OLEH AMAN PALESTIN BHD. (719871-K)
NO.1 JALAN 3/3B, SEKSYEN 3, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
TEL : +60389267019 FAX: +60389259963
amanpalestin@yahoo.com
http://www.amanpalestin.net

 

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

No related posts.

Leave a reply