Motivasi Sebuah Kematian
The Fourth Tuesday ; We Talk About Death – Buku Tuesdays With Morrie, ( Mitch Albom )
———————-
He turned his head to his shoulder as if the bird were there now.
“Is today the day I die?” he said.
———————-
“The truth is, Mitch,” he said, “once you learn how to die, you learn how to live.”
I nodded.
——————————————
Mengambil sedikit daripada petikan buku yang saya baca, ia adalah apa yang ingin saya tulis kali ini.
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. ( Al-A’raaf : 34)
Mengingati kematian adalah bentuk motivasi untuk diri kita. Kematian sering dikaitkan dengan kehilangan, penghujung kehidupan walhal ia adalah permulaan kepada kehidupan untuk selama-lamanya. Mati untuk hidup.
Mengingati kematian adalah motivasi untuk memperbaiki diri kita. Bila mana kita faham dan sedar bahawa kematian itu boleh terjadi bila-bila masa, di mana sahaja, tanpa mengira usia juga pada taraf kesihatan kita.
Ingin saya kongsikan kebaikan bila kita mengingati mati.
1. Bersegera melakukan kebaikan
Ya, bila kita menyedari hakikat bahawa kematian itu boleh jadi sebentar lagi, sudah pasti kita ingin memberikan yang terbaik. Apatah lagi kalau-kalau bekalan dosa kita lebih banyak daripada bekalan pahala. Esok belum pasti ada untuk kita.
2. Ubat sikap bertangguh.
Pernahkah dalam urusan kita, kita berkata, nantilah siapkan kerja tu. Esok boleh buat lagi, tak banyak pun lagi. Kita tangguhkan kerja kita dengan sengaja. Lebih teruk lagi, kerja-kerja tersebut tidak tersusun dan cacamarba. Bayangkan jika kita mati secara tiba-tiba. Apa yang kita tinggalkan buat mereka yang masih tinggal? Boleh jadi kerja yang berterabur dan tidak selesai itu perlu diambil alih orang lain. Dek kerana tidak tersusunnya kerja kita, kerja kita menjadi sia-sia kerana perlu dibuat semula oleh orang lain.
3. Bersegera bertaubat.
Sudah terlambat untuk bertaubat jika yang tinggal hanya jasad.
4. Menghindari maksiat.
Oleh kerana kita tidak tahu di mana dan bila kita akan mati, kita akan berusaha berada sentiasa di dalam suasana kebaikan. Kita takut andainya kita mati ketika sedang melakukan kemaksiatan dan kejahatan.
Kita tahu apa itu kematian, kita sememangnya sedar, apa yang tinggal ialah tindakan kita selepas ini.
——————–
Hisham Ahmad
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.


Facebook
Twitter
GooglePlus