Hisham Ahmad

Nota Kehidupan

Gema Mubarak

Ramadhan membuka hati ramai insan untuk melakukan perubahan. Lihatlah sahaja, rumah-rumah Allah meriah dengan kehadiran para hambaNya. Jiwa-jiwa semakin mudah melaksana kebaikan. Sedekah diberi tanda berkongsi rezeki Ilahi.
Bersempena Ramadhan ini, saya ingin berkongsi alunan nasyid yang sungguh indah yang menceritakan perihal suasana di bulan Ramadhan ini.
Gema Mubarak -  Inteam, Far East & Salleh Brotherz
Gema Mubarak menghulur salam 
Mengetuk pintu hati yang gersang 
Meniup khabar berita gembira 
Taman rohani kembali terang

Gerbang syurga terbuka 
Untuk menyambut insan bertaqwa 
Hujan rahmat menyimbah 
Buat membasuh segala dosa 

Bulan Ramadhan bulan mulia 
Anugerah Allah penuh barakah 
Mukminin mukminat sujud bersyukur 
Atas kurniaan bulan maghfirah 

Dengan lapar dahaga terdidik nafsu terkawal lidah 
Di malam nan indah 
Dihias zikir serta selawat 

Rumah-rumah ibadah disirami haruman syurgawi 
Kembali riuh laman kesufian 

Bulan Ramadhan bulan mulia 
Anugerah Allah penuh barakah 
Mukminin Mukminat sujud bersyukur 
Atas kurniaan bulan maghfirah 

Dengan lapar dahaga terdidik nafsu terkawal lidah 
Di malam nan indah 
Dihias zikir serta selawat 

Pengabdian penuh seluruh 
Mujahadah dengan bersungguh 
Kemenangan pasti tiada bertangguh 
Ketabahan menghimpun doa 
Kesyukuran menyimpul makna 
Kejayaan tetap akan terlaksana
Beduk dipalu sahut bersahut
Diiring syahdu suara takbir
Detik termahal menahan sabar
Tibalah waktu merayakannya
Betapa suruhan mengungkap hikmah dek pengorbanan
Kita sesama insan sama derita sama bahagia

Hisham Ahmad

Latest posts by Hisham Ahmad (see all)

Artikel berkaitan:

  1. Perutusan Ramadhan 1432 H
  2. Menuju Hujung Ramadhan
  3. Yang Datang Dan Yang Pergi

1 comment on Gema Mubarak

  1. silver price
    26 July, 2012 at 12:13 am (328 days ago)

    Ramadhan 1432H, saya tak tahu kekuatan saya datang dari mana. Pastinya daripada Allah swt. Saya fikir, setiap hari saya kurang tidur, kurang rehat, tapi entah dari mana datang kekuatan, most of the days saya sempat mengaji, bertarawih (walaupun kebanyakannya sendirian), qiam dan berkongsi pengisian dengan ahli rumah juga. Serious saya tak tahu macam mana boleh selit-selit setiap aktiviti ni semua. Allah swt juga pengatur yang terbaik, kan?

    Reply

Leave a reply