Merayau-rayau baca blog. Tiba-tiba terbaca yang saya kena tag on behalf my wife. Apakah???

Missions accomplished.

Saya nak hadiahkan tag kepada ChikCham on behalf KBah , Cik Ummu yang manis, Mas Lost, mak buyung KTipah , Riza & Ikb (kena lagi?), Yazid underground, Cikgu Zue , Yus di bumi kangaroo, Cikgu Maza (boleh siapkan sebelum fly?), Ya Husaini dan Sharx Shaq.
Sila lihat di sini

Memandangkan saya sudah kena tag, dek mengikut peraturan yang telah ditetapkan bloggers, maka inilah jawapannya.

Rules: Once you’ve been tagged, you are supposed to write a note with 16 random things, facts, habits, or goals about you.

Facts:

  1. Saya lahir bulan Disember tapi dalam surat beranak tulis bulan Januari. Muda setahun. Hahahaha.
  2. Lahir di Pahang. Bersekolah di Pahang ( Negeri Sembilan dan Selangor pun pernah tapi 3 tahun sahaja). Mengganggur di Pahang. Bekerja di Pahang. Susur galur keluarga saya bukan orang Pahang. Yup, saya anak FELDA. Anak perantau. Berketurunan Banjar tapi tidak fasih reti bercakap Banjar.
  3. Handsome. Alhamdulillah. ( Alamak.. nasir nak tembak saya!!! )
  4. Tulis guna tangan kanan. It’s a fact , rite?
  5. Sudah berkahwin.

Habits :

  1. Garis perkataan @ ayat  DI ATAS perkataan @ ayat tersebut dan bukannya DI BAWAH. Tabiat yang menyebabkan kawan-kawan saya keliru nak baca nota @ buku saya.  Sori sangat-sangat! Tabiat sejak tingkatan 2 tu susah saya nak ubah.
  2. Gigit straw.

Goals :

Dalam kategori azam 1430 , 2009 dan seterusnya.

  1. Kurangkan berat badan. Tolong la support saya wahai insan di sekeliling! Jangan paksa saya makan banyak. Bukan sebab makanan tidak sedap, tapi fahamilah bahawa saya serius nak jaga pemakanan dan kesihatan.
  2. Ulangkaji pencak  silat yang dah lama saya tinggal.
  3. Menjadikan diri semakin handsome. ( My wife so gonna kill me.. sebab perasan sangat! )
  4. Tambah hafalan Al-Quran.
  5. Nak tag kawan-kawan dan siapa-siapa yang saya rasa nak tag. ( Goal for short term! Beware  guys and gurls!!!)
  6. Pindah rumah sewa.
  7. Bagi hadiah kat Najiyya. Masih lagi blur nak bagi apa. Huhuhu…
  8. Beli kamera DSLR.  Walaupun isteri saya tak bagi beli untuk tempoh _____ tahun ( fill in the blank) , tapi tak salah kan kalau saya nak masukkan dalam matlamat? Mana la tau ada orang yang tiba-tiba nak bagi. Kannnn.
  9. To fulfill my late father and my mother’s hope, at least one of our descendants become Al-Hafiz. My great regret that, I can’t make it myself as Hisham al-Hafiz. :(

Lain-lain matlamat/ azam tu seperti bertambah iman dan amal, jadi suami yang baik, ayah yang tampan baik, anak yang soleh, dan segala yang baik-baik tu memang saya tak masukkan.  Itu memang dah jadi matlamat bagi orang yang waras akalnya. Orang tak waras akan tulis matlamat; ingin jadi anak derhaka, suami yang curang, ayah yang suka mendera anak dan perkara-perkara lain yang  kita boleh fikirkan.

Jadi, dengan ini saya hendak tag :

1. Nasir yang sudah kembali ke JAKIM selepas meninggalkan HDC dengan perasaan sungguh riang gembira.

2. Adik ipar saya , Nur Syukriah yang bangga tak ingat rumput di bumi sebab wireless di Kolej 9 UM semakin mantap! Hah, buktikan kemantapan wireless tu dengan jawab tag ni.  Hah hah hah hah hah. ( Ketawa dengan suara garau)

Itu sahaja yang saya tag. Semoga selamat.

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon