Sejak malam tadi tekak saya berasa sungguh tidak selesa. Nampaknya penyakit sakit tekak mula menyerang. Namun disebabkan malam tadi sungguh letih dan penat kerana memandu pulang dari Marang ke Kuantan maka saya tidaklah berusaha mencari ubat tetapi hanya menggunakan balm sahaja bagi melegakan rasa tidak senang yang akhirnya sebenarnya turut mendatangkan rasa tidak selesa untuk tidur.

Sarapan pada pagi tadi juga tidak diambil kerana faktor yang saya sebutkan sebentar tadi. Sakit tekak!!! Tapi seperti biasa, saya akan membawa bekal ke pejabat.

Rupa-rupanya sepanjang pagi hingga tengahari, air yang diminum seakan tuba bila mengalir melalui kerongkong (walaupun tidak pernah pun merasa tuba). Roti yang dimamah seakan sekam penuh di dalam mulut. (Apakah???) Kacang panggang yang dijamah terasa batu-batu kecil menyeksa mulut.

Akhirnya mengambil kesempatan waktu rehat, saya menuju ke Kuantan Parade bagi mendapatkan Sundae Cone sebagai salah satu cara mengubati sakit tekak. (Petua yang pelik!)

 

Namun demikian, nasib tidak menyebelahi kerana kiosk tidak berfungsi yang mengakibatkan saya kerugian sebanyak RM1.60 bagi membayar parkir kereta dan ia tidak termasuk kos minyak.

Kemudian saya bergegas menuju ke Berjaya Megamall dengan tujuan yang sama juga. Di sini saya berjaya mendapatkan sundae cone tersebut yang berharga RM1.05 dan untuk parkir kereta RM2.00.

Kini setelah saya menikmati sundae cone tersebut, tekak saya mula menunjukkan ke arah pemulihan. Ini amat menggembirakan saya. (Alhamdulillah). Walaubagaimanapun, sekiranya petang ini atau malam nanti sakit tekak kembali lagi, saya akan menggunakan petua meminum air asam jawa pula bagi mengubati masalah sakit tekak ini kerana ia lebih murah dan jimat memandangkan ia sudah tersedia di rumah apabila dibandingkan dengan sundae cone yang memerlukan kepada kos tertentu bagi mendapatkannya.

Buat akhirnya, marilah kita sama-masa mendoakan agar sakit tekak saya ini akan segera pulih.

Hisham Ahmad.

No related posts.