
Baru sahaja saya jawab tag pasal peti sejuk. Tiba-tiba kena tag lagi sekali. Tag kali ini saya perlu jawab 6 soalan. Bagus juga kena tag, kerana saya tidak perlu fikir apa yang hendak saya tulis buat masa ini.
Ini adalah tagnya, iaitu soalan yang perlu dijawab dan jawapan yang dapat saya berikan. Harap-harap dapat markah penuh.
1. Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama blog itu?
Bila Hisham menulis… errr.. sebenarnya nama ini baru sahaja saya letak. Semata-mata untuk jawab tag. Boleh? Kalau guna nama asal, nanti jawapan untuk soalan kedua tu sama pulak. ( Dah dapat soalan bocor, senang la untuk mengarang dan mencari jawapan!) Walaupun sudah bertukar nama baru, saya pun tidak pasti samada nama ini akan digunakan terus atau akan ditukar lagi. Kebarangkalian besar, nama akan berubah!
2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Haaa.. kan sudah saya katakan tadi ada soalan ini. Nasib baik saya sudah tukar nama blog.
Link blog saya http://www.ilmuone.com ( silalah datang selalu!!! Nanti PR saya boleh naik!!)
Asal usul nama ilmuone ini. Sila pilih apa yang anda rasa betul :
- Daripada perkataan ilmuwan. Disebabkan ilmuwan tu hebat sangat maka ditukar jadi ilmuone.
- Daripada 2 perkataan ILMU dan ONE. Ilmu tu ilmu lah. One pula merujuk kepada Allah. Maknanya apa yang hendak disampaikan dalam blog ini segala apa ilmu yang Allah kurniakan.
- Waktu daftar domain blog ini dah terdesak sangat tak ada nama yang sesuai. Tiba-tiba je dapat perkataan ilmuone dan selepas itu isi dalam borang dan terus klik ’send’. Maka terhasillah domain ilmuone.
- Selain daripada jawapan di atas. Ada rahsia yang disembunyikan.
3. Apakah method dalam penulisan blog anda?
Cuba menggunakan bahasa melayu yang sebetulnya. Saya pencinta bahasa! Titik.
4. Pernah tak terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
Belum lagi. Blog ini berbayar. Saya daftar domain. Saya sewa hosting. Melainkan saya terfikir nak tukar domain lain.
5. Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Si Halim yang tag saya ni? Pada pendapat saya blog beliau adalah dalam kategori pelbagai genre dan ruang batasan idea. Maknanya, bermacam-macam lontaran idea mahupun pendapat juga cerita yang dimasukkan. (Halim.. boleh tak jawab macam ni???)
Pss…. Halim, nanti nak minta bantuan pasal ubuntu. Boleh?
6. Senaraikan calon yang akan di Tag.
Calon-calonnya ialah … jeng je jeng…..
Calon pertama mewakili golongan Hawa, iaitu Kak Mai.
Calon kedua mewakili golongan pendidik, merupakan seorang guru J-Qaf. Dipersilakan Ustaz Azaref.
Calon yang ketiga dan terakhir ( malas nak tag ramai-ramai), juga dari kalangan pendidik ataupun murabbi( ikut pada nama blog beliau), calon yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Hamidi Zakaria.
Sekian, terima kasih.
Masa untuk minum coklat panas. Penat menjawab tag.
Hisham Ahmad
Kuantan
10.23 pm.


:) mcm tau2 jer hobi k mai jawab tag..nanti kmai jawab deh
Kak mai: ok… silalah jawab… :ehsan02: