Suzanne Collins (The Hunger Games)
Selesai urusan di UKM, saya dan isteri menuju ke Midvalley dengan tujuan membeli buku di MPH.
Ketika meninjau-ninjau, pelik pula dirasakan kenapa terasa macam begitu menyerlah sekali novel 3 siri The Hunger Games iaitu The Hunger Games, Catching Fire dan Mockingjay. Oh ya, ketiga-tiga novel ini adalah karya Suzanne Collines sebagai tajuk di atas.
Punca kenapa saya menjadi tertanya-tanya ialah novel terakhir dalam siri ini ialah pada tahun 2010 ( bermakna sudah lama saya menyelesaikan pembacaan novel-novel ini). Jadi, kenapa pada 2012 ini secara tiba-tiba diperhebatkan jualannya di MPH ini?

Jawapannya saya temui bila ternampak poster promosi yang turut menyatakan bahawa filemnya akan ditayangkan pada 2012. Saya lihat pada tarikh ia akan ditayangkan. 22 Mac 2012. Wow!! Baru saya tersedar bahawa ia sebenarnya sudah ditayangkan bermula 2 hari lepas!
Mari kita lihat trailer filem tersebut. Secara tiba-tiba saya teras ingin membaca semula ketiga-tiga novel ini.
http://www.youtube.com/watch?v=SMGRhAEn6K0&feature=relmfu
Hisham Ahmad
Subang, Selangor.
Hisham Ahmad
Latest posts by Hisham Ahmad (see all)
- Pasca PRU13, Pandangan Saya - 8 May, 2013
- Penamaan Calon PRU 13 - 19 April, 2013
- Buku : Aku Bercerita - 18 April, 2013
No related posts.
Facebook
Twitter
GooglePlus