Kalau dah terpapar di sini, itu bukan top secret lagi namanya. Tapi apa sebenarnya yang menjadikan sebelum ini ia bergelar ‘Top Secret’?

Bagi memenuhi permintaan kawan saya, saya paparkan di sini.

DI SEBALIK TABIR RAHSIA..

Rumah yang saya sewa hampir 2 tahun secara solo.

Inilah ruang tamu atau nama lainnya ‘tempat saya bersantai’ di rumah. Tiada sofa empuk mahupun kusyen. Yang ada hanya kerusi malas. Sengaja saya tidak paparkan kerusi malas tersebut kerana…. malas.

Rak buku saya. Turut berfungsi untuk memisahkan antara ruang tamu dan dapur. Sama fungsinya dengan tirai/ langsir. Bezanya tirai tersebut lebih besar dan tidak boleh diletakkan buku dan barang-barang lain.

Rak buku ini sudah tidak mampu menampung jumlah buku, majalah dan barang-barang lain. Ada di antaranya saya simpan di bilik atas bersama-barang-barang lain. Pernah saya kata kepada ibu saya untuk beli rak baru. Tetapi tak diizinkan sebab akan menyusahkan bila hendak berpindah. Insya Allah saya akan berpindah tapi belum tahu bila.

Televisyen, pemain DVD dan juga Playstation 1 ( PS1 ). Jarang-jarang saya menonton televisyen kerana ada perkara lain yang lebih saya suka. Samada menonton VCD/DVD ataupun melayari internet. Sudah pasti melayari internet itu lebih digemari saya!

Pemain DVD ini memberikan khidmat yang baik kepada saya. Banyak cerita yang saya dapat saksikan menerusinya seperti X-Files, Supernatural Season 1-3 ( di Malaysia baru ditayangkan season 2), Criminal Minds Season 1-2 ( di TV8 sekarang sudah masuk season 3, di kedai saya lihat sudah ada sehingga season 4 kalau tidak silap! ). Tidak lupa lupa Movie Harry Potter yang saya sudah khatam membaca novelnya berkali-kali episod 1-7 ( akhir)! Kenapa J.K Rowling tak nak sambung lagi?? Transformers Masterforce episod 1-52 ( full series) juga saya berjaya menontonnya melalui khidmat pemain DVD ini. Tidak lupa juga Siri dan Movie Ultraman kegemaran saya. Begitu juga cerita-cerita lain. ( Ini bukan entri untuk cerita tantang koleksi VCD dan DVD saya.)

Playstation 1 hanya digunakan apabila anak-anak saudara saya datang ke rumah. Saya memang teramat jarang bermain PS1 ini. Eh, tiba-tiba terasa ingin bermain PS1 hari sabtu nanti. :D

Meja. Di sinilah saya membuat kerja-kerja seharian. Samada kerja pejabat ataupun kerja sendiri. Printer MP160 Pixma Canon, 3 in 1 saya letakkan di sebelah kiri supaya memudahkan saya untuk mencetak, mengimbas (scan) ataupun fotostat apa-apa yang perlu.

Di sebelah kanan saya letakkan rak rendah 3 ruang. Ini untuk memudahkan saya meletakkan barang-barang keperluan, CD Software, Grafik, VCD, DVD dan barang-barang lain. Masih tidak cukup ruang sebenarnya.

Keadaan apabila saya melayari internet di rumah. Kelihatan di skrin komputer riba saya ialah blog ini iaitu http://www.ilmuone.com

Ruang dapur. Sebahagian sahaja. Tempat saya memasak dan mereka masakan sendiri. Err.. masakan itu mungkin tekak saya saja yang mampu menerimanya.

Fridge magnet. Salah satu hobi yang tiba-tiba muncul pada tahun ini. Terima kasih kepada Abg Radzi yang saya kenal di Facebook kerana menghadiahkan 2 fridge magnet yang dibeli di Rwanda sewaktu beliau bertugas di sana. Tidak lupa juga kepada tunang saya yang memberikan hadiah fridge magnet dari Sarawak. Jika saudara/saudari ada melancong atau bertugas ke mana-mana dalam dan luar negara dan terjumpa fridge magnet, saya amat berbesar hati sekiranya dapat membelikan (bukan menghadiahkan) fridge magnet untuk saya.

Mesin basuh. Terletak di antara bilik mandi dan tandas. Tiada tempat lain yang saya fikirkan sesuai untuk diletakkan.

Itu sahaja untuk tingkat bawah. Di tingkat atas ada 3 bilik. Disebabkan tingkat bawah sudah tidak jadi top secret, biarlah di tingkat atas jadi rahsia.

Kesemua gambar yang diambil adalah menggunakan kamera telefon bimbit Nokia 3500c. Kualiti gambar memang err…. tut.

Kamera Canon Powershot A590 IS yang saya beli bulan 5 tahun ini sudah tamat perkhidmatannya. Disebabkan satu kejadian pada 2 bulan lepas, kamera tersebut terpaksa saya hantar ke kedai dan kemudiannya di hantar ke Canon Servis. 2 hari lepas baru saya mendapat panggilan dari kedai tersebut dan memaklumkan bahawa kos untuk baiki kamera tersebut ialah RM***. Hampir sama dengan kos ketika saya membeli kamera tersebut. Jadi saya membatalkan hasrat untuk membaiki kamera tersebut dan bermuram durjalah saya.

Saya sudah tidak memiliki kamera. Apa yang lebih saya terkilan ialah, kamera itu hanya sempat saya guna selama 3 bulan. Dalam tempoh 3 bulan itu, saya sentiasa bersama dengan kamera itu ke mana sahaja. Saya memang sedih.

Nikon D80 antara kamera DSLR yang menjadi idaman saya. Sebelum ini saya simpan dulu hasrat kerana merancang untuk memiliki kamera compact sahaja terlebih dahulu. Persoalannya; jangankan hendak memiliki kamera DSLR, untuk membeli kamera compact bagi menggantikan kamera yang sudah rosak pun saya tidak tahu entah bila akan tercapai.

Hisham Ahmad
Tanpa kamera di sisi.

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon