
“Assalamualaykum Sham”, Sapa Ustaz Hasdi melalui telefon.
“Waalaykumussalam Ustaz”, jawab saya.
“Ana nak tanya la, betul ke hari ni ada ujian tahfiz? Ana ada kat tingkat atas PAID ni”, tanya Ustaz Hasdi.
“Err.. ana tak pasti la ustaz. Kejap, ana keluar nak tengok”, jawab saya seraya keluar dari bilik.
Di luar dewan mesyuarat kelihatan Ustaz Hasdi. Pergi ke arahnya.
“Ana terlupa bawa surat. Rasanya tarikh memang hari ni. Cuma tak pasti tempat. Selalunya di sini la kan?”, ujar Ustaz Hasdi.
“Kalau ikut tahun-tahun lepas memang dalam bilik mesyuarat ni. Baru ni pun ada ramai bebudak sekolah tahfiz yang datang sini untuk ujian”. Jawab saya.
Duduk bersembang.
Ustaz Hasdi; di antara orang yang saya kagumi. Pimpinan di Universiti Malaya di zamannya. Saya hanya sempat satu semester sahaja kalau tidak silap. Seorang Al-Hafiz. Jernih raut wajah beliau. Tenang berbicara bersama. Teringat-ingat ketika minggu pertama menjejakkan kaki ke UMKL. Ketika kami segelintir mahasiswa kolej (?) dihalau keluar selepas minggu orientasi atas alasan kami pelajar Akademi Islam. Berulang alik beliau dan pimpinan-pimpinan mahasiswa bagi merungkai permasalahan.
Saya sebenarnya tidak pernah menyangka akan bertemu dengan beliau. Hinggalah pada 2 tahun lepas, beliau datang ke PAID untuk urusan beliau. Memandangkan PAID adalah bangunan di mana pejabat saya tumpang berteduh, maka disitulah saya bertemu Ustaz Hasdi.
Bulan lepas secara kebetulan bertemu di Pantai Teluk Cempedak. Saya ketika itu membawa anak-anak saudara. Ustaz Hasdi pula besama isterinya dan adik-adik iparnya. Isteri Ustaz Hasdi; Kak Suzilawati. Saya kenali ketika bergiat aktif di dalam Persatuan Mahasiswa Pahang UM.
“Ustaz, ada baca suratkhabar tak semalam? Pasal berbuka puasa kat padang tu”, tanya saya sambil menunjuk ke arah Padang MPK. Betul-betul di hadapan pejabat.
“Ada, ana memang bercadang nak berbuka di situ esok.” jawab Ustaz Hasdi.
“Dah lama ke ada aktiviti macam tu?” tanya saya.
“Ana rasa ada la dalam 4, 5 tahun”. Balas Ustaz Hasdi.
“Masa ana mula-mula kerja dulu, dalam bulan puasa masa balik dari bazaar ana tengok ada yang dah duduk kat padang tu. Pelik juga ana. Ingatkan dorang terpaksa buka puasa kat situ. Sebab jalan sesak. Rupa-rupanya memang nak berbuka situ pun”, cerita saya. teringat situasi ketika pertama kali melihat ‘kejadian’ tersebut di bumi Malaysia.
“Hari-hari biasa tak ramai. Kalau hari minggu ke, cuti ke lagi ramai”, ujar Ustaz Hasdi.
Menarik. Saya sedari bahawa ‘berkelah’ sedemikian bukanlah perkara pelik di negara orang putih. Bagi sesiapa yang ada menonton rancangan Mr Bean pasti tahu. Kebiasaannya, ‘berkelah’ di sana dibuat di taman yang segar, hijau dan nyaman. Saya lebih teruja dengan budaya di Jepun. Ketika musim Sakura berbunga, mereka akan berkelah sambil menikmati indahnya suasana.

(Saya betul-betul teringin melancong ke Jepun! Dalam masa yang sama ingin melawat Ultraman Stadium dan bergambar bersama Ultraman-ultraman yang hanya saya lihat di dalam Siri dan Movie)

Esok cuti. Berapa ramaikah yang akan berbuka puasa di Padang MPK? Sedikit kecewa kerana kamera saya rosak dan masih lagi di kedai dan belum siap dibaiki. Terlepas peluanglah saya untuk merakamkan suasana itu esok.
Beratus-ratus warga Kuantan menunggu waktu berbuka puasa di Padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang, semalam.
Kebiasaannya hotel, restoran dan gerai menjadi pilihan umat Islam untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai.Namun lain pula di Kuantan, Pahang apabila padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK 1) di hadapan Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi tumpuan warga bandar ini berbuka puasa terutamanya pada hujung minggu.
Mereka yang datang bersama-sama keluarga dan sahabat handai menghamparkan tikar dan menghidangkan pelbagai jenis juadah.
Yang menjadikannya lebih menarik, kaum lain iaitu India dan Cina turut bersama-sama menikmati juadah yang dibeli berhampiran bazar Ramadan di situ.
Ratusan orang mula memenuhi padang berkenaan kira-kira pukul 5 petang lagi. Suasana sebegini bukan sahaja nampak meriah tetapi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sekali gus perpaduan kaum di negara ini.
Sumber : Utusan.

Hisham Ahmad
Kuantan
10.20 pm



owh rindunya kat kuantan…. memori 1999-2001 tetap terpahat diingatan
kalau jumpe ustaz hasdi lg, sampaikan salam saya pada dia yer..
bgtau dia anak bapak kirim salam..
hairin-MPMUM 2003/04
Hairin: Insya Allah, harap-harap kenduri nanti dia datang.
saya gi t’ganu je insyallah…jengka tak dapat nak gi lah… budget habih gi t’ganu..hehehe…
oooo… maka enti termasuklah di kalangan orang-orang yang rugi.. sebab tak dapat something special di Jengka…. hahahaha
( Ketawa seperti ketika Gorgom menghantar raksasa ke bumi )
Yin, terima kasih sanggup ‘berhabis’ untuk ke Tganu, di saat ramai insan lain memilih untuk ke Jengka, dengan alasan “Tganu jauh!”.
Syahdu je.
Kannn… best ke Jengka tu??
Memang best!
Betul betul betul.
Hahahahahaha .. ( Sekali lagi ketawa macam Gorgom..)
Pengaruh Upin dan Ipin
berkorban demi sahabat… :) :) :)
Hisham, apa yg special sangat kat jengka tu?? tak pe lah, next time saya gi jengka yer. plan asal mmg nak ke jengka sbb adik saya di UITM jengka. tp mengenangkan sahabat yg sorang tu kat t’ganu, gagahkan jugak diri ini utk ke t’ganu..:)
so, dah tukar plan B..harap2 korang bole spent masa belanja saya & nizam sebelum saya berangkat balik ke KL nanti yer..
tak tau lah mcm mana nanti..mungkin masa agak pack dengan pengantin yg akan busy dan saya juga mungkin akan busy di Pulau Wan Man. Ada konvensyen 18 & 19 Oktober.Alhamdulillah konvensyen tu di t’ganu, kalau kat negeri lain, tak tau laaa…hehehe..