• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin

Twitter updates

Popular Posts

bento

Bento 30 Nov 2011

[caption id="" align="aligncenter" width="500" caption="Bento saya dan isteri. Berlainan saiz. ...

Aqilah

Selamat Hari Lahir A

"Tak payah tempah lah. Biar Abang  je yang buat kek ...

DSC_1232

Baraan, Tradisi Di P

Sebagaimana aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan mengikut blok seperti kenduri-kendara, ...

30-tahun

30 tahun!

Usia memasuki 30 tahun. Saya merenung kembali perjalanan usia di ...

kuyt2

Kita Menang Bergaya,

Pertemuan dengan musuh tradisi di Anfield, para pahlawan kita penuh ...

Sponsors

 

Saya mulakan tulisan ini dengan apa yang dikatakan oleh Kuyt yang saya petik daripada twitter @AnfieldUpdate , “We have the belief we can compete against the best, we showed that against Chelsea and now against United.”

Ceria, gembira, bahagia itu adalah antara apa yang dirasakan oleh para penyokong Liverpool di seluruh dunia.

Pertemuan dengan musuh tradisi di Anfield, para pahlawan kita penuh dengan motivasi yang tinggi dan semangat yang kita mahu menang dalam perlawanan ini.

Pecubaan demi percubaan seawal minit pertama dan akhirnya dengan gerakan cantik, Luiz Suarez (LS7) berjaya memperdayakan beberapa pertahanan MU dan melepasi Van Der Sar lalu disudahi cantik oleh Dirk Kuyt pada minit ke 34. Gol jaringan pertama ini memberikan petanda bahawa kita sememangnya ingin terus bangkit.

5 minit kemudian, kesilapan Nani yang melakukan tandukan ke belakang memberi peluang kepada Kuyt menambahkan derita Man U, menjadikan 2 gol berbalas 0.

Pesta gol tidak berakhir dengan 2 jaringan sahaja. Melalu tendangan percuma yang diambil oleh Suarez, menuju ke Van Der Sar tetapi tidak ditangkap kemas dan peluang diambil sekali lagi oleh Kuyt bagi memperoleh hatrik pada minit ke 65.

Akhirnya pada masa kecederaan, melalui Hernandez Man U memperoleh 1 gol.

Oh ya, kemenangan ini juga adalah hadiah istimewa buat King Kenny sempena ulangtahunnya yang ke 60 dua hari sebelumnya.

Ok, seterusnya mari kita lihat aksi/peristiwa yang menarik dalam perlawanan tersebut.

  • Carra menunggu Nani di depan bilik persalinan Man U untuk memohon maaf atas sebab kecederaan yang dialami.
  • Nani menangis …..
  • Van Der Sar dapat kad kuning.. :p
  • Ketika insiden Skrtel dan Rafael bergaduh, ref peluk tubuh.. hahahaha (mungkin dalam hati kata… ‘gaduh la lagi.. gaduh.. gaduh…’)
  • Fans menyanyikan Birthday Song untuk King Kenny kemudian nampak King Kenny senyum. Hahahahha
  • Aksi Suarez mengalahkan pertahanan MU sebelum Kuyt menjaringkan gol.
  • Lagi satu, ketika Hernandez menjaringkan gol, macam tak berlaku apa-apa je.. hmmm

Sekian untuk kali ini.

Nota : Liverpool akan bertemu Braga 10  Mac ini.

No related posts.

2 Responses so far.

  1. avatar sha says:

    main kasar boleh laa dengan disokong oleh pengadil yg berat sebelah.. huh

  2. avatar admin says:

    Siapa yang tacle 2 kaki ye?? Rafael team mana ye?
    Lagipun 3 jaringan tu takde kena mengena pun dengan insiden yang mengakibatkan Nani nangis. Dan jangan lupa Nani pun assist untuk gol kedua.
    Be a smart people bro. Terima kekalahan dengan hati terbuka.
    Jangan lupa, Howard Webb tak ‘main’ hari tu… :p