Tagged: blog
Minggu-minggu yang berlalu
hisham | 26/05/2009 | 8:39 pm | Berita, Jurnal | 2 Comments

sc0025

Kali terakhir saya menulis di sini adalah hampir sebulan yang lalu. Lama. Walaupun ada juga yang bertanya bila saya hendak kemaskini dengan cerita terbaru; blog ini tetap begitu. Tidak berusik.

Mata hanya memandang. Pandangan kosong bersama seribu makna.

Sebenarnya, selesai kunjungan saya luar dari negeri Pahang, saya demam secara tiba-tiba. Demam yang bersangatan.

Read more »

Moga dilorongkan ‘mudah’ itu…
hisham | 24/04/2009 | 10:13 am | Luah Rasa | 2 Comments

take_a_picture

Tersentuh hati saya tatkala menerima emel daripada Ustaz Zamri. Tidak saya sangka apa yang saya tulis di blog sebelum ini mendapat balasan emel.

Emel yang menambahkan semangat saya untuk terus menulis.

Emel yang turut menjadi peringatan buat saya agar sentiasa ikhlas.

Emel yang juga memberi nasihat sebelum saya bergelar ayah.
Read more »

Agar Dapat Kusentuh Hatimu
hisham | 22/04/2009 | 9:25 am | Pedoman | 10 Comments

c0006

Petang itu cuaca redup. Menemani kami dalam satu pertemuan yang sudah dirancang. Saya dan Ustaz Zamri sudah berjanji untuk bertemu di restoran SOHO Sungai Merab.

Pertemuan dengan Ustaz Zamri seringkali memberikan ibrah kepada saya. Ketika di SMKA TAHAP, beliau adalah ustaz saya. Bertemu semula di APIUM dalam pertemuan singkat. Ustaz Zamri menyambung pengajiannya di peringkat Sarjana. Saya masih bergelut pada takah bakal bergelar graduan sarjana muda. Mengejar segulung ijazah yang belum pasti menjanjikan sebuah pekerjaan.
Read more »

Tutorial memasang ‘read more’ di dalam blogspot dan wordpress.
hisham | 13/04/2009 | 2:54 pm | Tutorial | 9 Comments

rahmat-datang-rumah

Semalam kawan saya ziarah ke rumah. Rahmat dan Naimah (pasangan suami isteri). Rahmat dalam perjalanan pulang ke Putrajaya selepas menghadiri kursus di Cherating.

Kami suami isteri mengalu-alukan dan menunggu-nunggu kedatangan sahabat-sahabat yang lain.

Kembali pada tajuk asal

Kali ini saya ingin meletakkan tutorial menggunakan ‘read more’ di blog. Tutorial ini terbahagi kepada 2 platform iaitu di blogspot dan di wordpress. Fungsi ‘read more’ ini amat sesuai bagi entri blog yang panjang-panjang. Adalah lebih baik sekiranya entri-entri di muka utama dipaparkan tidak secara keseluruhan. :ehsan02:

Read more »