buku-jalan-ke-taman-nan-indah

Persepsi kita selalunya menipu dalam banyak perkara. Kerana persepsi jugalah terkadang kita silap memahami seseorang, tersilap menafsir isi dalam, tersasar mentaksir hikmah di sebalik setiap perbezaan.

Enggan berganjak dari pemikiran biasa-biasa. Menerima secara mudah anggapan yang timbul di setiap imbasan kali pertama.

Jika dihadapkan seorang peguam yang petah berbicara, berserta seorang guru yang gigih saban waktu mendidik anak bangsa, seorang petani kampung yang tidak terikat pada rakaman waktu tiba dan pulang dari bekerja, malahan seorang imam yang bertugas setiap lima waktu di masjid dan surau, mahupun seorang hakim yang memutuskan pertikaian dengan kuasa yang ada, lantas ditanyakan; siapakah yang lebih mulia?
Baca sepenuhnya.. »

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon