• 16 Februari 2009
    Isteri saya memulakan kerjaya baru. Malam ini akan dengar laporan tentang apa yang terjadi sepanjang hari pertama ini.
  • Jangan lupa menyaksikan rancangan KES SYARIAH di TV9 bermula 19 Februari ini jam 9.30 malam. Rancangan ini diterbitkan oleh abang saya, ( lain mak, lain ayah) Ustaz Fasil. Ketika Ustaz Fasil memaklumkan pada saya tahun lepas berkenaan rancangan baru ini yang diusahakannya, saya pula yang terlebih excited. Akhirnya akan ke udara juga pada Khamis ini.
    kes-syariah
  • Pagi tadi sudah tempah CD Inteam Reunited bertajuk Allahu Rabbi. Bila dah release, CD itu akan sampai terus ke rumah. Bagus! Dan istimewanya lagi, saya termasuk di antara 100 yang terawal dan akan menerima CD bersekali dengan autograf.
  • Dari pagi sampai ke petang pasang lagu baru UNIC bertajuk, Hanyut, Jalan Ku Pulang dan Langkah Tercipta. Ringtone dan Message Tone pun sudah bertukar kepada lagu-lagu baru UNIC.
  • Insya Allah, minggu depan saya akan beli Laptop!
  • Wordpress 2.7.1 is available! Please update now.
    Malas nak update lagi buat masa ni. Nak guna wordpress 2.7 je. Boleh?

Hisham Ahmad
Kuantan

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon