Nota Rasa Hati » taman

Jalan Ke Taman Nan Indah
Persepsi kita selalunya menipu dalam banyak perkara. Kerana persepsi jugalah terkadang kita silap memahami seseorang, tersilap menafsir isi dalam, tersasar mentaksir hikmah di sebalik setiap perbezaan.

Enggan berganjak dari pemikiran biasa-biasa. Menerima secara mudah anggapan yang timbul di setiap imbasan kali pertama.

Jika dihadapkan seorang peguam yang petah berbicara, berserta seorang guru yang gigih saban waktu mendidik anak bangsa, seorang petani kampung yang tidak terikat pada rakaman waktu tiba dan pulang dari bekerja, malahan seorang imam yang bertugas setiap lima waktu di masjid dan surau, mahupun seorang hakim yang memutuskan pertikaian dengan kuasa yang ada, lantas ditanyakan; siapakah yang lebih mulia?

Jarang kita dengar jawapan ini :

Mereka yang mulia ialah mereka yang kasihkan Tuhannya, mereka yang kasihkan Rasulnya, mereka yang kasihkan agamanya.

Mulia itu sukar ditafsir pada pandangan mata di celah hijab yang bernama PEKERJAAN.

Teringat saya ketika di alam kampus. Persepsi yang sebenarnya menjatuhkan nilai tinggi kemuliaan. Ada jurang perbezaan antara ahli jemaah dan bukan ahli. Bukan ahli dianggap ’second class’. Kononnya tidak menyumbang apa-apa. Bukan ahli menganggap ahli adalah pihak yang mulia, sehingga takut untuk ditegur. Persepsi yang timbul disebabkan memandang pada status AHLI dan BUKAN AHLI.

Saya sendiri terkadang berasa jauh hati. Status BUKAN AHLI yang dinobatkan menjadikan saya golongan kelas bawahan. Sehingga ke satu tahap saya bertanya, apakah ukuran ahli atau bukan ahli itu menjadi syarat untuk ke Syurga? Sengaja saya tanyakan soalan yang sudah saya tahu jawapannya. Supaya kita kembali berfikir.

Lebih sinis lagi, saya bertanya; apa kayu ukur gelaran USTAZ dan USTAZAH yang dikalungkan pada ahli-ahli terpilih ini? Apakah kerana inginkan MULIA?  Apakah sifirnya sebegitu mudah, meletakkan gelaran USTAZ / USTAZAH setingkat darjatnya menjadi MULIA?

Itu zaman kampus yang telah saya tinggalkan. Sudah menjadi kenang-kenangan.

JALAN ITU BUKAN SATU

Menuju ke taman nan indah, jalannya bukan satu.

Ada yang gelap di kiri kanannya hampir sepanjang jalan, diberikan Allah hidayah di akhir perjalanan kehidupannya; menjadikan taman indah itu miliknya.

Ada yang melalui jalan bertukar ganti sinarnya. Sesekali lampu jalan terang menyala, kemudian  malap, bersinar semula.

Ada juga di sepanjang perjalanannya terang bercahaya, rupa-rupanya telah Allah takdirkan penghujung jalannya gelap gelita. Tidak ketemu taman nan indah.

Sejarah pernah merakamkannya.

Perjalananan kita ini masih tidak kita ketahui bagaimana akhirannya. Jangan kita termasuk di kalangan mereka yang sombong. Enggan memohon pada Allah yang berkuasa membalikkan hati kita. Agar kita tidak bertemu jalan yang gelap.

“Wahai Tuhan kami, jangan kau palingkan hati kami kepada kesesatan, sesudah kau berikan hidayah kepada kami, rahmatilah kami, sesungguhnya engkau maha pemberi kurnia”

BERSANGKA BAIK ADALAH LEBIH BAIK

Penghujung cerita masih lagi rahsia. Sukar benar kita bersangka baik sesama manusia. Lebih sukar lagi membezakan antara pelaku dan kelakuannya.

Tatkala mana kita mendengar berita seorang penjenayah yang berjaya diberkas kerana merompak dan membunuh, apakah kita berasa gembira dan menyumpah seranah terhadap penjenayah itu? Apakah sebenarnya yang kita maksudkan? Pada tubuh fizikal atau pada perbuatannya itu? Amat payah rasanya menjelmakan rasa hati bahawa mungkin satu hari nanti, dia itu lebih mulia dari kita. Benar kita benci pada kelakuannya. Tapi patutkah kebencian kita sehingga melayakkan berbakul-bakul sumpah seranah kita lontarkan. Sehingga kepada segala keturunannya kita caci.

Mungkin kita merasakan kita adalah lebih mulia ketika itu.

Namun sebenarnya kita tidak tahu, dihujung jalan adakah kita benar-benar mulia berbanding dirinya.