rahmat-datang-rumah

Semalam kawan saya ziarah ke rumah. Rahmat dan Naimah (pasangan suami isteri). Rahmat dalam perjalanan pulang ke Putrajaya selepas menghadiri kursus di Cherating.

Kami suami isteri mengalu-alukan dan menunggu-nunggu kedatangan sahabat-sahabat yang lain.

Kembali pada tajuk asal

Kali ini saya ingin meletakkan tutorial menggunakan ‘read more’ di blog. Tutorial ini terbahagi kepada 2 platform iaitu di blogspot dan di wordpress. Fungsi ‘read more’ ini amat sesuai bagi entri blog yang panjang-panjang. Adalah lebih baik sekiranya entri-entri di muka utama dipaparkan tidak secara keseluruhan. :ehsan02:

Cara guna di blogspot

  • Pertama sekali login ke dalam akaun.
  • Pergi ke layout. Klik pada edit html.
  • Klik pada ‘expand widget template’
  • Klik butang ‘CTRL = F’ untuk fungsi ‘find’ > saya mencadangkan anda menggunakan Mozilla Firefox.

skin

  • Taip pada ruang find  =

]]></b:skin>

  • Masukkan kod di bawah ini selepas kod di atas.
<style>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
  span.fullpost {display:inline;}
<b:else/>
 span.fullpost {display:none;}
</b:if>
</style>
  • Dengan menggunakan kaedah CTRL + F, cari kod ini

<data:post.body/>

data1

    • Masukkan kod di bawah selepas kod yang dicari tadi.
    <b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
    <a expr:href='data:post.url'> Baca seterusnya..</a>
    </b:if>
    • Save.

    *read more telah saya tukarkan kepada baca seterusnya. Ayat ini boleh diubah mengikut kehendak anda.

    Cara menggunakan di dalam entri.

  • Bilamana telah selesai menulis di dalam posting, klik pada edit html. Pada bahagian yang hendak dipotong, masukkan kod ini:

    <span class="fullpost">

    fullpost

  • Di akhir ayat entri tersebut pula, masukkan kod ini :

    </span>

    tutup

    Ini adalah di antara cara yang boleh digunakan di blogspot.

    Tutorial Wordpress.

    Bagi pengguna wordpress, mudah sahaja caranya. Ini kerana memang telah tersedia fungsi ‘read more..’.

    Pada bahagian post, ada  ikon ‘Insert More Tag’. Klik sahaja untuk diletakkan di mana-mana perenggan atau perkataan.

    read-more-icon

    Taraaa!!! Sudah siap. Hanya klik pada ikon tersebut.

    Untuk pengguna wordpress yang berbayar, masih ada satu lagi keistimewaan. Anda boleh menukar perkataan ‘read more, read the rest of the entry… dan sebagainya…’

    Bagi theme blog saya ini, saya telah menukarnya kepada ‘Baca seterusnya’

    Caranya:

    Jika bahagian editor anda boleh diedit di wordpress, anda boleh pilih pada theme yang digunakan dan klik pada index.php

    Jika anda ingin mengedit menggunakan cPanel ( seperti yang saya lakukan kerana bahagian editor saya tidak writable), ini adalah langkahnya.

    wordpress-read-more

  • Login ke cPanel > File Manager.
  • Seperti biasa, pergi ke bahagian di mana blog anda di simpan.
  • Sebagai contoh di public_html.
  • Pergi ke wp-content > themes > dan themes yang hendak diubah.
  • Klik pada theme tersebut. Klik index.php > Edit.
  • Cari perkataan di mana terletaknya perkataan asal ‘read more, read the rest of the entry.. etc”
  • Gantikan dengan perkataan yang hendak dimasukkan. Seperti : Baca lagi… baca seterusnya, klik untuk artikel penuh..etc, terpulang pada kehendak anda.
  • Save Changes.
  • Selesai.

Ini sahaja tutorial untuk kali ini. Semoga bertemu lagi di tutorial yang lain.

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon