Sebelum ini saya telah tag diri saya sendiri. Kemudian di hujungnya saya tag 5 orang yang perlu jawab tag tersebut dan tag orang lain.

5 orang yang saya telah tag ialah:

  1. Ustaz Muda
  2. Nasir
  3. Azlim
  4. Halim
  5. Ustaz Nazri.

Mari kita jejaki apa yang terjadi.

1. Ustaz  Najimudin ( Ustaz Muda )
Tidak menjawab tag tersebut. Alasannya banyak sangat soalan dan suruh saya tag 5 soalan sahaja. Disebabkan ini, maka ia telah menyalahi Panduan Blogging Apabila Terkena Tag yang sekian lama difahami oleh para bloggers. Oleh itu, sebagai denda kesalahan tersebut, sekiranya ada lagi tag daripada saya, kemungkinan besar Ustaz Muda tidak akan termasuk di dalam senarai. ( Sambil ketuk gavel yang digunakan di mahkamah).

Keputusan : Kesinambungan tag melalui jalan sini terputus.

2. Nasir = http://nasiour.blogspot.com

Nasir telah menjawab tag tersebut. Juga telah tag 5 orang iaitu :

  1. Aidanz
  2. Johari
  3. Sazly
  4. Eilda
  5. Acah

Kelima-limanya masih belum menjawab tag.

Keputusan : Tag pertama berjaya dijawab dan masih menunggu kelima-lima untukmenjawab. Ini untuk melihat perkembangan samada ia akan berkesinambungan ataupun tidak.

3. Azlim = http://kersanimalam.blogspot.com

Masih tidak menjawab.

Keputusan : Tag terhenti dan tidak pasti sama ada ia akan berjalan ataupun putus melalui jalan ini.

4. Halim = http://janjialam.blogspot.com

Halim telah menjawab tag dan telah tag Chika, Johari dan Payed. ( 3 je??? sepatutnya 5 !!! )

  1. Chika : Telah menjawab tag dan tag 5 orang iaitu Zul, oDin, mrkay, pphoenix dan mijah.
    Zul telah jawab tag dan yang kena tag ialah mijah (kenapa mijah lagi?? ), azmien, nad,……
    Err…. sebenarnya tag ni masih berlanjutan…tak larat pulak saya nak selidik satu persatu… Sebabnya setiap seorang akan tag 5 orang. Kemudian daripada 5 orang tu, setiaporang kena tag lagi 5 orang…

    Keputusan : Tag ini masih bergerak dari satu blog ke satu blog.

  2. Johari = http://kersanimalam.blogspot.com
    Masih tidak menjawab.
  3. Payed = http://payed82.blogspot.com
    Telah menjawab dan tag Hisham ( Saya la tu.. Mana boleh!!!! Sebab saya yang mulakan tag ni.. kannn) dan Halim ( Halim pun dah kena tag dengan tag ni).

5. Ustaz Nazri = http://nazrichik.wordpress.com
Telah menjawab dan teringin untuk tag Tuan Guru Nik Aziz, Ahmadinejad, Tayyib Erdogan. Tapi ustaz Nazri rasa mustahil. Selain itu tidak ada nama lain. Lagipun di sidebar blog ustaz Nazri pun memang takde senarai link lain. Kann.

Keputusan : Tag berhenti di blog Ustaz Nazri.

…………………………………………………………

Nampaknya di antara 5 Laluan tag yang saya mulakan, laluan di jalan Halim masih lagi diperpanjangkan.
Laluan di jalan Nasir sedang diperhatikan samada akan berjalan ataupun tidak.
3 jalan yang lain, saya anggap terputus.

Sekian.

( Penatnya buat entri yang ni!!!! )

Post to Twitter Post to Yahoo Buzz Post to Delicious Post to Digg Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon